Monday, November 14, 2016


Melabur mampu kembangkan simpanan




SIKIT-SIKIT lama-lama menjadi bukit. 

Menggandakan atau mengembangkan wang simpanan bukan mudah bagi semua individu. Ia memerlukan komitmen, kesabaran yang tinggi dan ilmu kewangan yang mendalam bagi menjayakan misi bebas kewangan dalam tempoh tertentu. Dengan hanya menyimpan di bank mengikut kaedah konvensional, ia mungkin akan mengambil masa agak lama untuk mendapatkan pulangan yang tinggi memandangkan faedah ke atas simpanan yang diberi oleh sesetengah bank adalah pada kadar yang sangat rendah.  Justeru, masyarakat terutama generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu bijak memilih instrumen terbaik untuk berupaya mengembangkan wang simpanan yang ada. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa pentingnya perancangan kewangan dan mengembangkan simpanan? Jawapannya mudah, ia bagi memudahkan seseorang merancang masa depan dengan lebih terurus, di samping menjamin kualiti hidup yang lebih baik. 

Dapatkan khidmat penasihat kewangan 

Penasihat Pelaburan dan Perancangan Kewangan yang juga Pengarah Jupiter Research Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata melabur adalah langkah terbaik bagi seseorang untuk mengembangkan saiz tabungan simpanan. "Ia perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang baru memasuki alam pekerjaan. Semasa dapat sahaja pendapatan pertama, anda perlu fikirkan bagaimana simpanan daripada gaji pertama mampu dikembangkan.  "Setiap daripada kita harus lalui proses melabur. Simpan di bank adalah perkara asas dan ia harus dijadikan sebagai asas untuk memupuk diri supaya lebih berdisiplin, sekali gus meneroka dunia pelaburan. "Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang ilmu mengenai pelaburan, mereka boleh mendapatkan khidmat penasihat kewangan, kunjungi bank tempatan atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai dana pelaburan yang ditawarkan,"  katanya kepada media sempena majlis Santai Labur PNB bertajuk 'Kepentingan Melabur Dan Merancang Kewangan Untuk Membina Kewangan Yang Kukuh', baru-baru ini. Beliau berkata, bagi mereka yang mahu berjinak dengan skim pelaburan, melabur di dalam unit amanah di bawah PNB adalah yang terbaik kerana risikonya yang kurang dan lebih selamat berbanding unit amanah yang ditawarkan oleh institusi lain. Bagaimanapun, Nazarry mengakui, golongan Bumiputera lebih sensitif dengan kadar pulangan sehingga terlupa konsep pulangan tinggi berisiko tinggi. "Ramai Bumiputera mahu melabur tetapi tiada ilmu. Mereka terjebak dengan tawaran pulangan yang tinggi tetapi tidak tahu risiko yang menanti. Pendek kata, perlu ada pemahaman dan ilmu pelaburan dahulu," katanya. Beliau berkata, pelabur yang mahu berjinak-jinak dengan skim pelaburan boleh memilih Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mana ia adalah satu skim pendapatan berfungsi untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang unit.   Mengenai sikap pelabur yang gemar mengeluarkan dividen tahunan diperoleh, Nazarry berkata, perkara itu ibarat sudah sinonim dengan sikap pelabur tempatan. Katanya, setiap minda masyarakat tempatan perlu diubah dari awal supaya tidak berbelanja mengikut kehendak dan menggunakan dividen tahunan untuk perkara yang tidak berfaedah. "Jika kita niat nak guna dividen itu setiap tahun, ia tidak akan berkembang dan bercanggah dengan konsep menabung untuk masa depan," katanya.

Guna dividen tutup hutang 

Bagaimanapun, beliau berkata, dividen untuk tahun pertama boleh digunakan bagi mereka yang mahu menutup hutang yang mengenakan faedah tinggi seperti hutang kad kredit dan hutang lain yang tidak memberi manfaat jangka panjang kepada pelabur. "Selepas itu, cuba gunakan dividen untuk hapuskan hutang jangka sederhana seperti pembiayaan kenderaan supaya sasaran bebas kewangan dapat dicapai dalam tempoh yang cepat," katanya. Pendek kata, ketahuilah jenis produk simpanan yang ditawarkan dan pilih mengikut keperluan dan wawasan pelaburan anda. Sebelum membuat sebarang pelaburan, kenali dengan jelas jenis pelaburan yang ditawarkan dan ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal dilakukan. Padankan matlamat pelaburan dengan profil pelaburan anda.  Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan mempunyai risiko tinggi. Jangan sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada maklumat yang sahih. Elakkan juga menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tidak munasabah dalam jangka masa yang singkat kerana anda mungkin terperangkap dengan Skim Cepat Kaya. Jika ingin membuat pelaburan tetapi tiada pengetahuan kewangan yang mencukupi, boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat perancang kewangan berlesen atau menerokai produk pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen sedia ada.

Sunday, November 13, 2016

Dividen Tabung Haji 2016 dan Bonus. Pembayaran Februari 2017


Yang bagusnya dengan pendapatan yang diperolehi daripada pelaburan TH menerusi pengumuman kadar dividen Tabung Haji dan juga Bonus Tabung Haji TH sudah siap-siap dengan zakat.
Dan apa yang sahaja yang diperolehi adalah 100 peratus milik pelabur yang beragama Islam.
Dan angkanya masih lagi kompetitif berbanding pulangan pelaburan yang lain.
Ini kerana ia telah pun siap-siap ditolak dengan zakat. Berbanding pelaburan ASB, walaupun ia lebih tinggi berbandung dividen Tabung Tabung tetapi perlu ingat ia belum ditolak dengan zakat yang dikenakan kepada umat islam.
Persoalannya berapa yang pelabur TH akan dapat tahun 2016 ini? Adakah naik atau turun?
Berdasarkan semakan dan Berita Semasa difahamkan TH akan membuat pengumuman kadar dividen Tabung Haji 2016 dan bonus pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2016 menjelang minggu keempat bulan januari 2017 ini. Tidak lama sahaja lagi.
Untuk anda yang tertanya mengenai pemberikan bonus Tabung Haji, ia diberikan kepada anda dengan bersyarat. Maksudnya di sini..
Bonus khas itu akan diberikan kepada mana-mana daripada anda yang belum pernah sama sekali pergi menunaikan rukun Islam kelima.
Sementara menunggu pengumuman daripada TH tidak lama lagi, bersama-sama ini suka untuk Berita semasa berkongsi sejarah pembayaran dividen Tabung Haji dan bonus dari tahun 1994 sehinggalah tahun 2016.

Sejarah Pembayaran Dividen Tabung Haji dan Bonus : Tahun 1994 – 2016

TahunDividenBonus
19949.5Tiada
19959.5Tiada
19969.5Tiada
19979.5Tiada
19988.0Tiada
19998.0Tiada
20005.5Tiada
20013.25Tiada
20023.5Tiada
20034.0Tiada
20044.3Tiada
20054.5Tiada
20064.75Tiada
20075.02.0
20085.0Tiada
20095.0Tiada
20105.5Tiada
20116.0Tiada
20126.51.5
20136.02.0
20146.252.0
20155.03.0
2016Nantikan
Duit dividen tabung haji dan bonus pelaburan anda akan terus kredit dan masuk ke akaun Tabung Haji TH di mana kemaskini buku pelaburan anda boleh dilakukan selepas daripada itu di mana-mana pejabat cawangan mereka yang berdekatan, ataupun bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic yang berhampiran dengan anda.

"elok umat islam yang melabur dalam asb keluarkan saja simpanan mereka dan pindahkan ke tabung haji, kerana tabung haji dah zakatkan sekali simpanan pendeposit. dalam bahasa mudahnya, kalau tabung haji bagi 6%, sebenarnya dia bagi anda 8.5% kerana 2.5% telah dizakatkan. kena pulak kalau dia beri lagi 2% sebagai bonus, maka sebenarnya dia telah bagi 10.5%
walhal asb yang bagi setakat 7.5% saja anda perlu keluarkan 2.5% untuk zakat (sekiranya anda benar-benar beriman). jadi dividen yang anda dapat dari asb hanya sekadar 5% sahaja."

Friday, November 11, 2016




Ini adalah saat kegemilangan  Allahyarham Muaamar Gaddafi .kemudian beliau  telah di bunuh pada okt 2011 oleh anak bangsanya sendiri..anak bangsa yang termakan hasutan dan fitnah kuasa asing dan barua barua kuasa asing dalam Negara Libya.
Apa kebaikan dan kebajikan yang telah dia lakukan untuk rakyat Libya walaupun di label sebagai Diktator.
Antaranya..
1.Mengeluarkan rakyat Libya dari belenggu kemiskinan.
2.Hasil minyak di masukan ke akaun rakyat libya sebanyak 500 setiap bulan.
3.Pendidikan percuma.
4.Rawatan hospital percuma.
5.Rakyat yg mahu berkahwin mendapat hadiah dalam bentuk wang tunai.
6.Membina sistem pengairan bagi menyuburkan padang pasir untuk rakyat bertani dan memajukan pertanian di Libya.

Namun akhirnya beliau kecundang..kecundang akibat hawa nafsu, fitnah dan persepsi jahat dari dalam dan luar Negara.