Monday, February 27, 2017

SpaceX hantar pelancong angkasa tahun depan

MIAMI: SpaceX akan menghantar dua pelawat berbayar ke bulan bagi perjalanan paling 

jauh manusia ke angkasa lepas, akhir tahun depan. 

Amerika Syarikat (AS) tidak lagi menghantar angkasawan ke bulan sejak misi Apollo 

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1960-an dan 1970-an

"Kami teruja mengumumkan SpaceX diminta menerbangkan dua pelawat awam dalam 

perjalanan ke bulan akhir 2018.

 "Ia menunjukkan peluang kepada manusia kembali menerokai angkasa lepas buat kali 

pertama dalam tempoh 45 tahun dan mereka akan melakukan perjalanan lebih pantasserta 

jauh ke dalam sistem suria berbanding sebelum ini," kata Ketua Eksekutifnya, Elon Musk, 

dalam satu kenyataan. Musk berkata, pelancong yang tidak dinamakan itu sudah 

membayar sejumlah besar wang pendahuluan. 

Ujian kesihatan dan latihan dijadualkan bermula tahun ini. 

"Pasukan penerbangan lain turut melahirkan minat kuat dan kami menjangka lebih ramai 

menyertainya. Maklumat akan dikeluarkan mengenai pasukan penerbangan dan kontinjen 

sebaik kelulusan serta pengesahan ujian kesihatan dan kecergasan diterima," katanya. 

Pelancong berkenaan akan menaiki kapsul syarikat berpusat di California, Crew Dragon, 

yang dijadualkan menjalani ujian penerbangan pertama tanpa pemandu akhir tahun ini. - 

AFP

Thursday, February 23, 2017

Tazkirah jumaat 24/2/17

BAYAN ASAR 29/1/2009BAYAN ASAR 29/1/2009

Bismillahirahmanirrahim.

Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.

Ibu-ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian,

Muhasabah diri adakah iman kita bertambah atau tidak, begitu juga iman suami dan anak-anak ? Tarikh lahir semua orang sudah diketahui tetapi tarikh mati tiada orang yang tahu. Anak-anak lahir dengan tarikh lahir tapi bukan dengan tarikh mati. Untuk sempurnakan kehidupan dunia, kita sanggup berhabisan wang ringgit dan korbankan masa dan tenaga kita.

Hari ini kita ada tanggungjawab yang besar; ummat di hujung-hujung dunia, nama mereka sahaja yang tinggal  islam tetapi amalan tiada.  Bagaimana fikir risau Baginda Nabi saw yang bila lihat orang kafir lalu di depannya, menangis kerana dia ummatku ,tidak beriman , kelak masuk neraka selama-lama. Bagaimana dengan fikir kita hari ini ? 

Suami, isteri  dan anak-anak semua kena jaga solat, jangan tidur selagi belum solat. Anak-anak tak solat, kelak bala datang dalam rumah. Kena fikir dan risau bagaimana solat dapat ditegakkan. Pergi  muka ke muka, rumah ke rumah, lorong ke lorong dan bagi tahu kepentingan solat. Jika dakwah tidak dilakukan, mereka akan tuntut kita di akhirat kelak.

Suami dan mahram lelaki kena digerak-gerakkan. Buat amalan 2 1/2 jam sehari , taklim masjid, mesyuarat harian dan mingguan, gasht tempatan dan masjid jiran, dan khuruj 72 jam atau 3 hari sebulan.

Jangan jadikan rumah seperti warung kopi atau panggung wayang di mana amalan makan minum berlangsung 24jam, dan peti TV dibuka 24 jam. Jika maksiat berleluasa di dunia kelak azab akan datang.

Usahakan taklim rumah yang sempurna dan muzakarah 6 sifat sahabat. Usaha tingkatkan masa taklim kepada 20 minit dan muzakarah selama 10 minit.Usaha solat di awal waktu dan habiskan bacaan Al Quran 1 juz sehari. Bukan hari-hari minum jus kurma atau jus buah-buahan aje.

Kena usaha tanamkan fikir dan risau tentang agama. Kena usahakan kehidupan yang sederhana, jangan sibuk tambah harta dunia. Bahkan kena sibuk tambah amalan agama kerana ini adalah matawang akhirat. Di dunia nampak tiada nilai tetapi kelak di akhirat, jika tidak cukup satu subhanallah pun dah menyesal kenapa di dunia tak lakukan. Kecilkan keperluan rumah, jangan ikut kemewahan.Kena tekan nafsu.

Usaha hidupkan suasana amalan sunnah dalam mendidik anak. Suasana percakapan dakwah, pakaian tutup aurat lelaki dan perempuan,  jaga pergaulan, jaga makanan halalan toiyibah dan akhlak mulia Nabi saw diajarkan lagi dan lagi.

Ijtimak dunia  bulan 7 nanti di Kuaters KLIA selepas 27 tahun tiada Ijtimak Dunia diadakan di Malaysia.  Usaha buat khidmat ,dan doa  semuga ijtimak berjaya. Hari ini fikiran kita penuh dan habis dek fikirkan perkara-perkara duniawi. Hari-hari nafsu fikirkan dunia.Iman tercabar. Kena belajar asingkan kerisauan duniawi , kena banyak sedih , jadikan Tahajud itu wajib , lalu  menangislah mengenangkan kehidupan di akhirat kita , bukan menangis kerana dunia. Azam di dunia tinggi, maka azam unuk kehidupan akhirat perlu lebih tinggi .

BAYAN ASAR 29/1/2009

Thursday, February 16, 2017

Tazkirah Jumaat 17/2/2017

Kisah2 Makhluk yang Menghuni Bumi Sebelum Adam Menurut Al Quran 

Bumi tempat kita berpijak usianya sudah milion tahun. Sebelum akhirnya diduduki manusia pertama yakni Adam, bumi menurut ahli tafsir sudah dihuni oleh beberapa makhluk sebelum Adam. Berkenaan dengan penciptaan Adam, kebanyakkan ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Surga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi setelah memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan bermulalah sejarah manusia.

Manurut ahli tafsir pada saat bumi berumur lapan ribu tahun, keadaanya masih kosong.Di sini sudah terdapat banyak biji sawi putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. 

Allah SWT berfirman kepada-Nya : Hai unggas tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan kumatikan.
Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja.
Oleh kerana begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati.
Setelah kematian tersebut, Allah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, iaitu tujuh puluh orang lelaki. Namun tidak semuanya diciptakan sekaligus, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka diciptakan yang lain. 
Masing-masing dari mereka berumur 70.000 tahun. Konon, setahun pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang. Apabila telah mati tujuh puluh lelaki itu, kemudian Allah ciptakan Jin.
Allah berfirman " Dia menciptakan jin dari nyala api." ( Q.S. 55 : 1 )
Sebagian dari jin-jin itu ada yang berkaki empat,berkaki dua, dan ada yang terbang. Kemudian Allah SWT mengutus salah seorang di antara mereka yang bernama Yusuf untuk memberikan pengajaran ilmu dan syariat agama. 
Namun, jin-jin itu banyak yang mendustakan ajaran-ajaran tersebut yang menyebabkan Allah SWT mematikan semuanya. Penghuni bumi berikutnya adalah suatu makhluk yang berpasangan. Rupanya seperti binatang. Keluar dari dalam neraka. 
Binatang itu pun beranak, dan anaknya dinamakan dengan AZAZIL. Setelah cukup besar, Azazil mulai melakukan peribadatan kepada Allah SWT seribu tahun lamanya. Setelah itu, Allah SWT mengangkatnya ke langit pertama.
Selama seribu tahun, di sini pun ia tekun beribadah. Allah SWT menganugerahkannya sayap yang terbuat dari manikan yang hijau. Dengan izin-Nya maka terbanglah ia ke langit kedua.
Seribu tahun lamanya pula ia beribadah. Demikianlah, pada tiap-tiap lapisan langit ia beribadah selama seribu tahun lamanya, hingga ke lapisan langit ketujuh.
Sementara itu, di bumi saat itu sudah ada penghuni lainnya, iaitu dari bangsa jin yang bernama JANNA. 70000 tahun lamanya hingga lahir anak cucunya. Kata ahli tafsir yang lain, lapan belas ribu tahun mendiami bumi yang kemudian menjadi sombong dan kufur. 
Allah SWT pun mematikan Janna. Sebagai gantinya adalah yang bernama BANUNAL JANNA. Ia mendiami bumi selama lapan belas ribu tahun lamanya. Ia juga dimatikan oleh Allah SWT.
Sementara itu, di atas langit sana, Azazil bersama para Malaikat masih khusyuk beribadah. Azazil menjadi penghulu para malaikat selama tujuh ribu tahun lamanya dalam beribadah. Hingga pada satu waktu, Azazil mengajukan suatu permohonan kepada Allah SWT, katanya :
Ya tuhanku,tujuh ribu tahun hamba-Mu ini berbuat kebaikan pada-Mu dalam tujuh lapis langit ini. Jikalau dianugerahkan oleh-Mu, hamba-Mu mohon hendak turun ke bawah ke langit keenam,berbuat kebaikan kepada-Mu.
Pergilah engkau ! tegas Allah SWT.
Turunlah Azazil atau iblis itu bersama tujuh ratus Malaikat pengiringnya ke langit keenam. Setelah merasa cukup, ia pun memohon izin lagi kepada Allah SWT agar diturunkan ke langit kelima. Di langit kelima pun ia memohon diturunkan ke langit yang di bawahnya, dan demikian seterusnya hingga sampai mereka di langit dunia.
Di langit dunia, Azazil atau iblis mengajukan suatu permohonan pula: Ya Tuhanku, hambamu hendak memohon turun ke bumi dengan para malaikat. Bahawasanya hamba-Mu hendak beribadah kepadamu di bumi itu.
Ya Tuhanku, betapa Bananul Janna telah banyak berbuat kerosakan di muka bumi. Anugerahkanlah atas hamba-Mu ini bersama para malaikat berbuat kebaikan ke hadirat-Mu di muka bumi itu.
Allah SWT pun mengabulkan permohonan Azazil itu. Diturunkanlah ia bersama tujuh ratus Malaikat yang mengiringnya untuk beribadah di muka bumi, setelah sebelumnya Banunal Janna dimatikan kerana banyak berbuat kerosakan.
Setelah lapan ribu tahun lamanya beribadah, Iblis mencuba mengemukakan ungkapan hatinya bahwa di muka bumi inilah ia begitu serasi dan selesa, dan tidak ada tempat lain yang membuatnya demikian serasi.
Dan memohon agar selamanya ia berada di muka bumi untuk berbakti kepada Allah SWT. Sampai pada satu waktu, Allah SWT berkehendak menurunkan suatu keterangan kepada Azazil.
Firmannya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.(Q.S. 2: 30).
Mendengar firman tersebut, Iblis menjadi berduka, disebabkan dengkinya. Mereka (para Malaikat ) pun bertanya kepada Allah SWT mengenai siapa yang akan menjadi khalifah itu. 
Adam namanya, jawab Allah SWT. Mereka berkata ,Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.
Allah SWT berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui.(Q.S. 2 :30)

Monday, February 13, 2017

Tips Sihat#1

Masalah lutut kerap berbunyi bila bergerak

Punca Utaman ialah Masalah Rawan Pada Lutut

Rawan adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ada di seluruh tubuh. Bagaimanapun masalah rawan di lutut kerap diperkatakan kerana kerosakannya bukan setakat menjejaskan pergerakan individu, malah kehidupan seharian. Lebih malang lagi, bagi kes serius, lutut itu perlu diganti.

Secara umumnya ada 2 jenis rawan pada lutut :

* rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)

* rawan artikular - berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.

Tidak Pulih Dengan Cepat

Tidak seperti bahagian lain badan, rawan sebaliknya tidak memiliki bekalan darah (avaskular). Justeru jika berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Justeru, pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Simptom

Antara simptom kerosakan rawan ialah : 

# sakit pada sendi

# sendi bengkak

# lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan

# lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.

Punca
Antara yang utama adalah osteoarthritis dan selalunya membabitkan golongan berusia. Sementara golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.

Masalah kecederaan rawan boleh juga berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis. Selain kanak-kanak, septic arthritis juga boleh dialami kalangan pesakit tibiHIV dan diabetes. Selain itu ia berlaku juga di kalangan pesakit kanser, pesakit gout dan rheumatoid arthritis.

Kecederaan pada rawan selalunya akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian lutut yang terjejas. Biasanya lutut bengkak atau terkunci (lock knee). Namun bukan semua kesakitan pada lutut itu disebabkan masalah rawan.

Tahap Kerosakan

Kerosakan rawan ditandakan pada tahap 1 hingga 4.

* Tahap 1 : Rawan menjadi lembut

* Tahap 2 : Permukaan rawan mula kasar

* Tahap 3 : Berlaku keretakan pada rawan hingga ke tulang

* Tahap 4 : Rawan mula menghakis daripada permukaan sendi

Pada permulaan masalah kecederaan rawan, individu itu tidak begitu merasakan kesakitan. Sebaliknya, apabila rawan semakin rosak, kesakitan mula terasa.

Selalunya, imbasan akan dilakukan bagi menilai keadaan rawan dan tulang di sekeliling lutut. Jika kerosakan itu kecil, laporan imbasan biasanya masih normal. Justeru, imbasan MRI akan digunakan bagi melihat kerosakan pada rawan dan kecederaan lain jika ada pada lutut.

Rawatan

i) Rawatan tanpa pembedahan umumnya membantu melegakan simptom kerosakan rawan. Ini seperti :

# Fisioterapi - latihan yang menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi boleh membantu mengurangkan tekanan kepada sendi dan mengurangkan rasa sakit

# Ubat-ubatan - seperti ubat steroid anti-radang seperti aspirin atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit

# Penggunaan alat-alatan bantuan seperti leg brace

# Perubahan gaya hidup - mengurangkan aktiviti yang membabitkan sendi yang terjejas.

ii) Rawatan dengan pembedahan.
Ada beberapa prosedur pembedahan yang boleh anda pilih bagi menangani masalah kecederaan rawan bergantung pada keterukan masalah anda. Antara yang popular adalah microfracture - teknik yang mengalakkan penumbuhan rawan baru. Ia adalah teknik paling umum yang menggunakan prosedur arthroskopik. Kawasan rawan yang terjejas ditebuk membolehkannya berdarah. Walaupun teknik ini mampu menghasilkan rawan baru tetapi ia tidak boleh bertahan lama dan tidak memiliki ketahanan dan kekuatan seperti mana rawan asal.

Satu lagi teknik yang hangat diperkatakan adalah penggunaan sel stem bagi menjana pertumbuhan rawan baru yang menyamai rawan asal. Bagaimanapun, kajian dan penyelidikan mengenainya masih baru justeru penggunaan sel stem dalam memulihkan rawan masih terlalu jauh untuk diperkatakan.