Monday, February 27, 2017


SpaceX hantar pelancong angkasa tahun depan

MIAMI: SpaceX akan menghantar dua pelawat berbayar ke bulan bagi perjalanan paling 

jauh manusia ke angkasa lepas, akhir tahun depan. 

Amerika Syarikat (AS) tidak lagi menghantar angkasawan ke bulan sejak misi Apollo 

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1960-an dan 1970-an

"Kami teruja mengumumkan SpaceX diminta menerbangkan dua pelawat awam dalam 

perjalanan ke bulan akhir 2018.

 "Ia menunjukkan peluang kepada manusia kembali menerokai angkasa lepas buat kali 

pertama dalam tempoh 45 tahun dan mereka akan melakukan perjalanan lebih pantasserta 

jauh ke dalam sistem suria berbanding sebelum ini," kata Ketua Eksekutifnya, Elon Musk, 

dalam satu kenyataan. Musk berkata, pelancong yang tidak dinamakan itu sudah 

membayar sejumlah besar wang pendahuluan. 

Ujian kesihatan dan latihan dijadualkan bermula tahun ini. 

"Pasukan penerbangan lain turut melahirkan minat kuat dan kami menjangka lebih ramai 

menyertainya. Maklumat akan dikeluarkan mengenai pasukan penerbangan dan kontinjen 

sebaik kelulusan serta pengesahan ujian kesihatan dan kecergasan diterima," katanya. 

Pelancong berkenaan akan menaiki kapsul syarikat berpusat di California, Crew Dragon, 

yang dijadualkan menjalani ujian penerbangan pertama tanpa pemandu akhir tahun ini. - 

AFP

No comments:

Post a Comment