Dividen Tabung Haji 2016 dan Bonus. Pembayaran Februari 2017
Yang bagusnya dengan pendapatan yang diperolehi daripada pelaburan TH menerusi pengumuman kadar dividen Tabung Haji dan juga Bonus Tabung Haji TH sudah siap-siap dengan zakat.
Dan apa yang sahaja yang diperolehi adalah 100 peratus milik pelabur yang beragama Islam.
Dan angkanya masih lagi kompetitif berbanding pulangan pelaburan yang lain.
Ini kerana ia telah pun siap-siap ditolak dengan zakat. Berbanding pelaburan
ASB, walaupun ia lebih tinggi berbandung dividen Tabung Tabung tetapi perlu ingat ia belum ditolak dengan zakat yang dikenakan kepada umat islam.
Persoalannya berapa yang pelabur TH akan dapat tahun 2016 ini? Adakah naik atau turun?
Berdasarkan semakan dan Berita Semasa difahamkan TH akan membuat pengumuman kadar dividen Tabung Haji 2016 dan bonus pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2016 menjelang minggu keempat bulan januari 2017 ini. Tidak lama sahaja lagi.
Untuk anda yang tertanya mengenai pemberikan bonus Tabung Haji, ia diberikan kepada anda dengan bersyarat. Maksudnya di sini..
Bonus khas itu akan diberikan kepada mana-mana daripada anda yang belum pernah sama sekali pergi menunaikan rukun Islam kelima.
Sementara menunggu pengumuman daripada TH tidak lama lagi, bersama-sama ini suka untuk Berita semasa berkongsi sejarah pembayaran dividen Tabung Haji dan bonus dari tahun 1994 sehinggalah tahun 2016.
Sejarah Pembayaran Dividen Tabung Haji dan Bonus : Tahun 1994 – 2016
| Tahun | Dividen | Bonus |
| 1994 | 9.5 | Tiada |
| 1995 | 9.5 | Tiada |
| 1996 | 9.5 | Tiada |
| 1997 | 9.5 | Tiada |
| 1998 | 8.0 | Tiada |
| 1999 | 8.0 | Tiada |
| 2000 | 5.5 | Tiada |
| 2001 | 3.25 | Tiada |
| 2002 | 3.5 | Tiada |
| 2003 | 4.0 | Tiada |
| 2004 | 4.3 | Tiada |
| 2005 | 4.5 | Tiada |
| 2006 | 4.75 | Tiada |
| 2007 | 5.0 | 2.0 |
| 2008 | 5.0 | Tiada |
| 2009 | 5.0 | Tiada |
| 2010 | 5.5 | Tiada |
| 2011 | 6.0 | Tiada |
| 2012 | 6.5 | 1.5 |
| 2013 | 6.0 | 2.0 |
| 2014 | 6.25 | 2.0 |
| 2015 | 5.0 | 3.0 |
| 2016 | Nantikan
|
Duit dividen tabung haji dan bonus pelaburan anda akan terus kredit dan masuk ke akaun Tabung Haji TH di mana kemaskini buku pelaburan anda boleh dilakukan selepas daripada itu di mana-mana pejabat cawangan mereka yang berdekatan, ataupun bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic yang berhampiran dengan anda.
"elok umat islam yang melabur dalam asb keluarkan saja simpanan mereka dan pindahkan ke tabung haji, kerana tabung haji dah zakatkan sekali simpanan pendeposit. dalam bahasa mudahnya, kalau tabung haji bagi 6%, sebenarnya dia bagi anda 8.5% kerana 2.5% telah dizakatkan. kena pulak kalau dia beri lagi 2% sebagai bonus, maka sebenarnya dia telah bagi 10.5%
walhal asb yang bagi setakat 7.5% saja anda perlu keluarkan 2.5% untuk zakat (sekiranya anda benar-benar beriman). jadi dividen yang anda dapat dari asb hanya sekadar 5% sahaja."