Salam Tazkirah jemaat
Jika kita memelihara ibadah sembahyang kita, kita akan terselamat kerana ibadah sembahyang itu akan menjadi benteng kepada diri kita dari melakukan perbuatan yang mungkar dan berdosa. Dalam perkara ini, sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu ada meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu álaihi Wasallam pernah didatangi oleh seorang lelaki dan dia berkata maksudnya:*
"Wahai Rasulullah, ada si Fulan sembahyang sepanjang malam, tetapi disiang hari dia mencuri. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sembahyangnya akan mencegahnya (dari perbuatan Munkar itu)"
(Riwayat Al-Imam Ahmad)
Penerangan: Dari maksud hadis tersebut, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tetap menekankan bahawa hanya sembahyang jua yang mampu untuk menjadi ubat, iaitu si pencuri itu mestilah terus sembahyang, sambil itu hendaklah juga terus membaiki dan menyempurnakan lagi sembahyangnya itu, Insya Allah kemungkaran akan lungsur dari dirinya.
No comments:
Post a Comment